Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Isteri hamil, anak pula menangis
    Seni Hiburan

    Isteri hamil, anak pula menangis

    adminBy admin03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Berkongsi kegembiraan dengan peminat mengenai isteri yang kini hamil lima bulan, pelawak dan personaliti radio, Issey bagaimanapun mengaku sukar mententeramkan kesedihan anak tirinya, Cataleya Humairah, yang merayu agar ibunya melahirkan bayi perempuan.

    Lapor Utusan, menurut Issey Fazlisham, 33, sebagai seorang bapa dengan pengalaman pertama, adakalanya dia tidak tahu cara terbaik untuk menjelaskan kepada anak tirinya itu walaupun mereka sekeluarga teruja bakal menyambut kehadiran cahaya mata tersebut.

    “Tentulah saya gembira dan memandangkan ini juga adalah pengalaman pertama bakal menimang zuriat sendiri, saya teruja juga.

    “InsyaAllah, isteri saya Aimi, dijangka akan bersalin sekitar Ogos atau September nanti. Cumanya, kami berdua runsing juga macam mana nak pujuk Cataleya yang nak sangat adik perempuan.

    “Menangis dia bila kami pulang beritahu dirinya bakal dapat adik lelaki. Sebabnya, dia berharap benar ada adik perempuan untuk buat kawan. Dia merayu juga hendakkan adik perempuan, pening saya nak jawab,”katanya.

    Issey berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia, semalam bagi mengulas perkongsiannya mengenai berita gembira tersebut yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.

    Selain itu, menurut Issey, secara peribadi dia juga pada awalnya menginginkan anak perempuan sementelah bahagia menumpang kasih dengan dua anak lelaki Aimi menerusi perkahwinan terdahulu wanita tersebut.

    “Itu hasrat sayalah, tapi nak buat macam mana, rezeki dapat anak lelaki. Apa pun, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah SWT ini.

    “Semoga dengan rezeki kurniaanNya ini, saya mampu berusaha untuk menjadi seorang bapa yang mithali dan melakukan yang terbaik buat keluarga kecil kami ini,”katanya.

    Issey dan Noor Aimi Jamel, 34, bernikah pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

    Masing-masing pernah mendirikan rumah tangga bersama pasangan terdahulu namun menerusi perkahwinan pertamanya, Issey tidak dikurniakan zuriat.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMAIPs peruntuk RM3 juta untuk masjid
    Next Article 3 kapal penguatkuasa Vietnam cuba halang Maritim tahan bot nelayan asing
    admin
    • Website

    Related Posts

    Doakan Sarah dan bayi selamat

    06/08/2021

    Fizo tawar diri untuk jadi sukarelawan

    28/06/2021

    ‘Artis ambil vaksin dulu, jika nak kerja dengan Radiusone!’

    31/05/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.