Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MEF mohon tangguh semakan gaji minimum
    Am

    MEF mohon tangguh semakan gaji minimum

    adminBy admin03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dimohon supaya menangguhkan semakan gaji minimum yang dijadualkan pada Februari 2022.

    Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kini bukan masa yang sesuai untuk menambahkan kos menjalankan perniagaan kerana majikan terpaksa menggunakan langkah pemberhentian dan pengurangan pekerja selain pemotongan gaji 30 hinga 50 peratus, berikutan kesan pandemik Covid-19.

    “MEF berpandangan status quo perlu dikekalkan bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi berikutan pandemik.

    “Kami merayu kepada kerajaan untuk tidak menambah beban majikan buat masa ini dengan pandemik masih belum reda, berilah sedikit ruang untuk majikan menstabilkan perniagaan dan mencipta pekerjaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Beliau berkata kalangan majikan memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk keadaan kembali stabil dengan lebih pasti sebelum mempertimbangkan bagi membincangkannya kerana bukan perkara yang mudah dan senang apabila ia melibatkan kos sara hidup

    Semalam, semasa menyampaikan perutusan sempena Hari Pekerja 2021 bertemakan ‘Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’ yang disiarkan di televisyen, Muhyiddin berkata kadar gaji minimum pekerja sedang dikaji semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosio-ekonomi semasa.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKempen pelajar tidak hadir ke sekolah bertentangan adab pendidikan
    Next Article Mumia hamil ditemukan Saintis
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.