Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Netizen persoal kehadiran individu ternama di majlis tahnik anak Siti Nurhaliza
    Viral

    Netizen persoal kehadiran individu ternama di majlis tahnik anak Siti Nurhaliza

    adminBy admin03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM – Pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

    Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu tersebut dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik itu.

    Antara yang dapat dilihat di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

    Warganet mempersoalkan kehadiran Zulkifli dan Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar dari kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur.

    Salah seorang pengguna Facebook, mempersoalkan kelebihan majlis tahnik tersebut sehingga membenarkan individu berkenaan merentas negeri apabila permohonan bapanya untuk melawat cucu tidak dibenarkan.

    Tegasnya, alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah kerana bayi tersebut dikatakan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19.

    “Semalam bapa aku mohon untuk melawat cucu yang baru lahir, baru pertama kali nak jumpa tapi polis tak benarkan sebab katanya budak baru lahir berisiko tinggi.

    “Puak agamawan yang berkumpul rumah CTDK (Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang buat majlis lahir budak baru lahir ni tidak berisiko tinggi ke?” luahnya dalam satu hantaran di Facebook.

    Menurut seorang pelayar lain, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengeluarkan saman kepada Siti Nurhaliza dan keluarga disebabkan perkara tersebut.

    Katanya, sebelum majlis tahnik itu dilakukan, terdapat pelbagai lagi acara yang dilakukan namun masih tiada tindakan. – Sinar Harian

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleImam Surau Al Jawhar meninggal dunia akibat Covid-19
    Next Article 48 kes Varian South African
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.