Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » UITM buat persiapan untuk hantar lebih 16,000 pelajarnya
    Am

    UITM buat persiapan untuk hantar lebih 16,000 pelajarnya

    alisha natashaBy alisha natasha03/05/2021Updated:03/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Universiti Teknologi Mara (UiTM) melakukan persiapan rapi dalam usaha pihaknya menghantar pulang lebih 16,000 orang pelajarnya di seluruh kampus.

    Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Uitm Shah Alam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersiap siaga susulan kebenaran pulang yang diberikan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi ke kampung halaman.

    “UiTM menjangkakan seramai lebih 16,000 orang pelajarnya di seluruh kampus akan
    terlibat dalam Ops Pulang Aidilfitri ini.

    “Bagi memenuhi keperluan ini, UiTM telah menyediakan lebih daripada 200 unit kenderaan pelbagai jenis terdiri daripada bas, MPV dan kereta untuk melancarkan penghantaran pelajar ke seluruh pelosok tanah air. Ia melibatkan keseluruhan 30 buah kampus dan lebih 700 orang kakitangan,” katanya.

    Menerusi kenyataan itu lagi, agihan bilangan kenderaan yang diperlukan di setiap kampus mengikut zon akan ditentukan dalam masa terdekat setelah kesemua pelajar melengkapkan borang soal selidik yang telah diedarkan.

    Katanya, penghantaran pulang pelajar ini akan bermula pada 7 Mei dan penghantaran terakhir adalah pada 12 Mei 2021.

    “UiTM akan menggerakkan semua jentera pengurusannya dari yang tertinggi dan pelbagai jabatan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej bagi memastikan operasi ini berjalan lancar, mematuhi SOP KKM dan MKN bagi memastikan semua pelajar sampai ke destinasi dengan selamat.

    “Bagi pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak UiTM akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidilfitri akan turut diraikan bersama-sama,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePenerbangan kargo bukan penumpang – Wee Ka Siong
    Next Article Dong Jiao Zong cuba alih fakta sejarah
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.