KUALA LUMPUR | Hanya kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan untuk aktiviti ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media hari ini.
“Aktiviti ziarah kubur di kawasan PKPB dan PKPP perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Ziarah tanah kubur bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat dan hadnya tidak melebihi enam orang bagi satu lot atau petak kubur serta tidak melebihi 30 minit,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti ziarah kubur di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.