Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » FBI tembak lelaki cuba ceroboh kawasan bangunan CIA
    Global

    FBI tembak lelaki cuba ceroboh kawasan bangunan CIA

    adminBy admin04/05/2021Updated:04/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    WASHINGTON | Seorang lelaki bersenjata ditembak oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di pintu masuk ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA), pada Isnin.

    Lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya itu dihalang untuk melepasi pintu pagar untuk ke laman bangunan berkenaan di sini.

    Sebelum itu, pasukan keselamatan berusaha selama beberapa jam untuk berunding dengan lelaki itu dan memintanya untuk menyerah diri.

    FBI dalam kenyataan berkata, individu itu keluar dari kenderaan dengan senjata dan ditembak oleh pasukan keselamatan.

    “Suspek cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya sebagaimana dilaporkan AFP.

    Terdahulu, jurucakap CIA berkata, pihaknya menyedari insiden itu yang berlaku di kawasan terletak beberapa ratus meter dari bangunan utama agensi berkenaan.

    Kawalan keselamatan di ibu pejabat berkenaan yang terletak di Langley, Virginia, berhampiran laluan yang sibuk, dipertingkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Pada 1993, seorang lelaki Pakistan, Mir Aimal Kansi, menembak mati dua kakitangan agensi berkenaan dan mencederakan tiga yang lain.

    Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dan menunggu di lampu isyarat untuk memasuki laman bangunan CIA.

    Kansi melarikan diri ke Pakistan dan hanya ditahan empat tahun kemudian.

    Dia kemudian diekstradisi ke Amerika Syarikat di mana dia didakwa atas tuduhan bunuh dan dihukum mati.

    Lelaki itu menjalani hukuman mati pada 2002.-HARIAN METRO

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Sebagai ikon integriti, saya junjung hingga akhir hayat’
    Next Article Kolam renang terapung pertama di dunia
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.