Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Indonesia bimbang wujud kluster baju raya
    Global

    Indonesia bimbang wujud kluster baju raya

    adminBy admin04/05/2021Updated:04/05/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MAKASSAR | Beberapa pusat membeli-belah di sekitar Makassar yang dibanjiri jumlah penduduk bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri dibimbangi boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19.

    Lapor CNN Indonesia, ia berikutan pihak pengurusan di kebanyakan pusat beli-belah di sini mengabaikan protokol pencegahan Covid-19, sekali gus menyebabkan pengunjung juga melakukan tindakan yang sama.

    Ketua Pasukan Pencegahan Covid-19 Makassar, Iman Hud berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada sejumlah pusat beli-belah yang mengingkari protokol Covid-19.

    “Jangan sia-siakan usaha kerajaan dan semua pihak yang bertungkus-lumus kawal jangkitan Cobid-19 di negara ini.

    “Jangan disebabkan teruja untuk membeli keperluan Aidilfitri, semua protokol Covid-19 dilupakan dan akhirnya muncul kluster baharu,” katanya.

    Selain itu, Iman juga menegur pengurusan pusat beli-belah yang dilihat hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan kesihatan sejagat.

    Katanya, sepatutnya pihak pengurusan pusat beli-belah lebih jelas mengenai protokol Covid-19 bagi mengelak penularan jangkitan.

    Sementara itu, kapasiti orang ramai keluar membeli keperluan hari raya di pusat beli-belah dilaporkan meningkat di 29 daripada 34 wilayah di seluruh negara.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKampung ‘busuk’ di Britain
    Next Article PKPD di Rumah Panjang Dinggai Sarawak dilanjutkan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.