Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kolam renang terapung pertama di dunia
    Global

    Kolam renang terapung pertama di dunia

    adminBy admin04/05/2021Updated:04/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LONDON| Kolam renang ‘terapung’ pertama di dunia bakal menjadi tarikan terbaharu di United Kingdom apabila bakal dibuka pada Mei ini.

    Syarikat pemaju hartanah, Ballymore mengumumkan kolam yang diperbuat daripada kaca itu sudah menjalani ujian ketahanan yang ketat.

    Ia bagi memastikannya struktur itu tidak jatuh ke bawah.

    Katanya, tarikan itu akan dibuka pada 19 Mei di kompleks apartmen mewah, Embassy Gardens, barat daya, London.

    “Struktur akrilik lut sinar sepanjang 14 meter kolam itu dipasang di tingkat 10 dan dipasang kerangka keluli merangkumi bangunan warisan, Embassy Gardens.

    “Lokasi dan tahap ketelusan kolam terapung ini akan memberikan pengalaman berenang luar biasa sambil melihat pemandangan ibu kota dari ketinggian 35 meter,” katanya dalam satu kenyataan dipetik portal New York Post.

    Strukturnya yang dikatakan ‘sekeping akrilik galas beban tunggal terbesar di dunia’ dibina di sebuah kilang di Colorado.

    Ia diangkut sejauh 1,609.34 kilometer menggunakan trak ke Galveston, Texas untuk dimasukkan ke kapal sebelum dihantar ke Eropah.

    Perjalanan itu memakan masa tiga minggu.

    Kren seberat 50 tan pula digunakan untuk mengangkat struktur itu bagi membolehkan ia dipasang di bangunan berkenaan.

    Bagaimanapun, menurut laporan CNBC, kemudahan ekslusif itu hanya layak untuk penghuni dan tetamu bangunan berkenaan.

    Bangunan itu antaranya menempatkan apartmen dengan dua bilik yang berharga AS$1.4 juta (RM5.73 juta).-HARIAN METRO

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFBI tembak lelaki cuba ceroboh kawasan bangunan CIA
    Next Article Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihan Raya
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.