Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mesyuarat bincang Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara
    Am

    Mesyuarat bincang Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara

    adminBy admin04/05/2021Updated:04/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRA JAYA | Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, pengukuhan pemantauan pengimportan daging, serta strategi menangani isu bekalan dan kenaikan harga bawang antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 1.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee secara hibrid itu semalam turut membincangkan laporan Status Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan Prestasi Negara dalam Indeks Prestasi Malaysia Dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2020.

    Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan hari ini, cadangan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara itu disarankan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara sebelum ini.Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dicadangkan adalah mengikut kluster-kluster yang telah ditubuhkan sebelum ini iaitu Kluster Ketersediaan, Kluster Kebolehcapaian, Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan dan Kluster Kestabilan dan Kemampanan, kata kementerian itu.

    Menurut MAFI, idea serta saranan yang diketengahkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif dalam mesyuarat tersebut akan diperhalusi dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dijangka bersidang pada Jun depan.

    Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu ditubuhkan bagi menyelaras cadangan untuk bagi mengukuhkan sekuriti makanan negara serta mengawal selia pelaksanaan keputusan dan arahan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara.

    “Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah progresif bagi memantapkan tadbir urus sekuriti makanan negara dan mentransformasikan sektor agromakanan ke tahap yang lebih baik, sekali gus memastikan bekalan makanan terjamin, mencukupi dan terkawal dalam apa jua keadaan,” kata MAFI.

    Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara itu disertai secara dalam talian oleh 17 ahli tetap yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi, ahli-ahli akademik serta pemain-pemain industri dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik.

    Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif itu dijadualkan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi membincangkan hala tuju, strategi dan isu berkaitan sekuriti makanan negara.-BERNAMA.COM

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBoleh semak senarai premis berisiko tular Covid-19 di Hide
    Next Article Tingkatkan doa, usaha henti penularan Covid-19
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.