KUALA LUMPUR | Operasi haji dan perbezaan pandangan antara Sunni dan Syiah antara topik yang dibincangkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Ahmad Marzuk Shaary ketika memenuhi jemputan Duta Arab Saudi ke Malaysia
Menerusi Facebook rasminya, Ahmad Marzuk berkata, beliau menerima undangan majli berbuka puasa bersama Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan sebaik sahaja tiba dari Labuan.
“Banyak perkara yang diperbincangan semasa majlis berlangsung seperti pengoperasian haji dan umrah dalam musim Covid-19, dasar hubungan luar Arab Saudi dan termasuklah perbezaan pandangan antara Sunni dengan Syiah.
“Saya dan TYT Duta amat bersetuju supaya hubungan yang erat antara dua Kerajaan yang bersaudara ini seharusnya dikekalkan malah diperkukuhkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata, Dr Mahmoud Hussein akan berangkat pulang ke Arab Saudi dalam masa terdekat.
“Saya memohon beliau mendoakan kami di Malaysia agar sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya.