Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » SUHAKAM gesa KPM ambil tindakan terhadap guru guna bahasa lucah
    Am

    SUHAKAM gesa KPM ambil tindakan terhadap guru guna bahasa lucah

    adminBy admin04/05/2021Updated:04/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Kementerian Pendidikan (KPM) mesti mengambil tindakan terhadap guru yang mengganggu pelajar perempuan menggunakan bahasa kotor dan berunsur lucah, lapor portal FMT Reporters.

    Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Noor Aziah Mohd Awal menyelar budaya toksik segelintir guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru, termasuk sikap memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial.

    “Tindakan mesti diambil terhadap guru yang mengganggu aktivitis pelajar yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

    “Tingkah laku buruk sesetengah guru mencemarkan imej kerjaya yang begitu mulia.”

    Noor Aziah mengulas isu pelajar perempuan yang mendakwa di platform perkongsian video TikTok bahawa guru lelakinya bergurau mengenai rogol di dalam kelas.

    Ain Husniza Saiful Nizam, 17, berkata, ia berlaku ketika guru itu membincangkan isu gangguan seksual semasa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah.

    Selepas videonya tular, segelintir orang termasuk yang dipercayai adalah guru membuat komen lucah mengenai tubuh badan remaja itu. Remaja terbabit menuntut supaya mereka memohon maaf.

    Selain itu, Noor Aziah turut memetik sebagai contoh isu “pemeriksaan haid” yang beberapa minggu sebelum ini dilihat mencetuskan kegusaran ibu bapa malah masyarakat umum.

    Noor Aziah berkata, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

    Beliau menyifatkan guru sebagai teladan dan mesti menyedari sebarang tindakan atau kegagalan untuk bertindak oleh golongan itu akan memberi kesan terhadap pelajar selama bertahun-tahun.

    “Sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka,” katanya.

    Menurutnya, fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan perlu dikaji semula untuk memastikan visi Akta Pendidikan dapat dicapai.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSolat Hari Raya di kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan mengikut pihak agama negeri
    Next Article Kampung ‘busuk’ di Britain
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.