Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Harga pakej umrah naik sekali ganda
    Am

    Harga pakej umrah naik sekali ganda

    adminBy admin05/05/2021Updated:05/05/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Pakej menunaikan umrah pasca COVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi termasuk insurans sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu, lapor Berita Harian.

    Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata perkara itu tidak dapat dielakkan kerana pengusaha terpaksa mematuhi peraturan baharu ditetapkan berkaitan penjarakan fizikal dan bayaran untuk ujian saringan dan kuarantin.

    Katanya, sebelum pandemik harga pakej biasa ditawarkan pada kadar RM5,800 tetapi pasca COVID-19 harga kini mencecah RM10,800.

    “Bayaran ini termasuk (kos) dua kali ujian saringan COVID-19 (masuk dan keluar), kos bilik daripada empat sebilik kepada dua orang sebilik dan kapasiti pengangkutan dikurangkan separuh serta kos untuk kuarantin tiga hari di Arab Saudi.

    “Terbaharu kita dimaklumkan mengenai insurans untuk COVID-19, ini juga menyebabkan kos meningkat dan tidak dapat dielakkan,” katanya dihubungi, semalam.

    Beliau mengulas pengumuman terbaharu Arab Saudi yang mewajibkan warga asing yang datang ke negara itu dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.

    Kelmarin, Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.

    Memetik portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.

    Razali menjelaskan penetapan perlindungan insurans sememangnya sudah ada dalam komponen pakej umrah dan sudah dipraktikkan sejak sekian lama.

    Syarat terbaharu ini hanya meminta pengusaha agensi umrah dan pelancongan memasukkan liputan untuk COVID-19 dalam insurans dan ini tiada masalah untuk dilaksanakan.

    “Apa saja syarat baru ditetapkan pastinya membabitkan kos. Kita kena terima ini sebagai satu norma baharu,” katanya.

    Ditanya jangkaan masa yang sesuai untuk jemaah Malaysia menunaikan umrah, katanya Arab Saudi yang memang tidak pernah menutup pintu negara itu untuk menerima jemaah dari Malaysia dan Brunei.

    Namun, katanya Malaysia masih belum bersedia melepaskan jemaah umrah ke sana kerana kebimbangan mengenai risiko jangkitan COVID-19.

    “Kita kena tunggu kebenaran daripada MyTravelPass kendalian Jabatan Imigresen. Buat masa ini umrah dan haji tidak dapat kebenaran sistem itu,” katanya

    Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris, berkata penetapan insurans khusus COVID-19 baru sahaja dikuatkuasakan oleh Kementerian Haji Saudi menyebabkan banyak maklumat terperinci belum diketahui termasuk kos.

    Namun, katanya beliau percaya penambahan kos insurans terhadap keseluruhan pakej tidak terlalu besar dan jemaah tidak perlu terlalu risau mengenainya.

    “Jemaah memang tidak tahu tentang keperluan insurans baru ini tetapi saya percaya jemaah boleh menerimanya dengan baik demi keselamatan dan kebajikan mereka.

    ” Saya difahamkan juga, insurans Covid-19 itu adalah penambahan dari perlindungan insurans sedia ada yang pernah digunapakai oleh semua jemaah umrah pada awal musim 1441H sebelum ditutup pada 27 Februari lalu,” katanya

    Difahamkan penambahan insurans itu melindungi jemaah sekiranya didapati dijangkiti Covid-19.

    Antara yang dinyatakan insurans itu adalah kos untuk hospital, pengangkutan sekiranya membabitkan kematian, kos pengebumian, kos penginapan ketika kuarantin dan perubatan.

    Mengulas lanjut, katanya setakat ini, kenaikan harga pakej umrah sekiranya umrah dibuka semula adalah bagi pematuhan SOP umrah oleh Kerajaan Arab Saudi.

    Kenaikan itu termasuklah kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) dari 10 peratus kepada 15 peratus dan penetapan bilik berdua (double) bagi memastikan penjarakan fizikal dan harga pengangkutan kerana SOP terbaru menetapkan kapasiti penumpang tidak boleh melebihi 25 orang bagi setiap bas

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article101 krew Naga 7 berjaya diselamatkan
    Next Article Bunuh kekasih hamil
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.