Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Covid-19 : Wanita tertua di dunia batal penyertaan larian obor
    Global

    Covid-19 : Wanita tertua di dunia batal penyertaan larian obor

    adminBy admin08/05/2021Updated:08/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TOKYO | Seorang wanita Jepun berusia 118 tahun, yang juga individu tertua di dunia, membatalkan penyertaan dalam acara larian obor sempena kejohanan Olimpik berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

    Lapor AFP, Kane Tanaka dari Fukuoka merancang menggunakan kerusi roda untuk membawa obor ketika ia melalui bandar berkenaan Selasa nanti.

    Namun, keluarganya mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa Tanaka tidak akan menyertai acara berkenaan kerana bimbangkan penularan Covid-19.

    Kerajaan Jepun melanjutkan darurat di Tokyo dan beberapa kawasan lain selain melaksanakan sekatan di Fukuoka yang akan berlangsung sehingga 31 Mei nanti.

    “Rumah penjagaan tempat Tanaka menetap tidak membenarkan sebarang lawatan bagi mengelakkan virus memasuki premis berkenaan.

    “Berdasarkan keadaan semasa, dukacita kami maklumkan bahawa Tanaka tidak dapat menyertai acara ini,” kata keluarganya.

    Keluarganya berkata, mereka sentiasa menantikan peluang berharga dan jarang berlaku itu serta mahu orang ramai terinspirasi dengan Tanaka yang lahir pada 2 Januari 1903 dan kini berada dalam keadaan sihat.

    Pandemik yang berlaku di Jepun dikatakan sedikit terkawal dengan hanya 10,500 kematian.

    Namun, pemberian vaksin Covid-19 dilihat terlalu perlahan dan beberapa kawasan mencatatkan jangkitan daripada varian baharu yang lebih mudah merebak.

    Kerajaan Jepun dan penganjur Olimpik bertegas untuk meneruskan kejohanan Olimpik dalam keadaan selamat namun, undian yang dilakukan mendapati rakyat Jepun menyokong ia dibatalkan atau ditangguhkan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSuri rumah diugut lelaki yang mahu sebar gambar lucah anaknya
    Next Article RM22.2 juta dibelanjakan YWP untuk pendidikan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.