Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » RM22.2 juta dibelanjakan YWP untuk pendidikan
    Am

    RM22.2 juta dibelanjakan YWP untuk pendidikan

    adminBy admin08/05/2021Updated:08/05/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Oleh: IDIHAYS. SB

    SEJUMLAH RM22.2 juta telah dibelanjakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) setakat ini untuk pendidikan warga Wilayah Persekutuan.

    Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, jumlah peruntukan tersebut turut meliputi beberapa jenis bantuan permulaan yang disampaikan sebagai persediaan pelajar sebelum memasuki pusat pengajian masing-masing .

    Beliau berkata, antaranya Bantuan Awal untuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diberikan dalam bentuk one-off antara RM500 sehingga RM5,000 kepada para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti dalam atau pun luar negara.

    “Anak-anak dalam kalangan keluarga pendapatan rendah di Wilayah Persekutuan ini diberi bantuan kewangan awal untuk persediaan. Sehingga kini YWP telah bantu 4,300 pelajar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan nilai keseluruhan bantuan RM3.2 juta,” katanya dalam siaran media pada Majlis Berbuka Puasa anjuran YWP.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Rosida Jaafar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah; selain Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun.

    Pada majlis sama, 15 pelajar menerima Bantuan Kewangan Awal ke IPT disampaikan oleh Annuar mengikut peringkat pengajian masing-masing.

    Annuar juga Pengerusi YWP menjelaskan, selain bantuan kewamgan, YWP turut menyampaikan sumbangan bagi Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan yang bernilai RM2.5 juta.

    “Program bantuan pemakanan ini bernilai RM5 setiap satu diberikan secara harian kepada 2,500 pelajar sekolah menengah kesemuanya daripada keluarga berpendapatan rendah, B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

    “Program telah dimulakan sejak tahun 2015 lalu memanfaatkan seramai 10,000 pelajar setakat ini dengan jumlah sumbangan RM10 juta,” katanya.

    Selain itu, YWP turut menyampaikan sumbangan melalui Skim Biasiswa Khas Anak Wilayah, yang berjumlah RM1 juta.

    “Biasiswa untuk anak-anak Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan kadar nilai RM960 sehingga RM2,000 setahun diberi untuk anak-anak sekolah menengah yang cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan.

    “Hingga kini hampir 4,000 pelajar dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) telah menerima manfaat program ini dengan nilai keseluruhan RM5.5 juta,” katanya.

    Dalam pada itu, YWP sebagai organisasi komited membela kebajikan warganya sentiasa mencari peluang membantu golongan B40 dan warga di Wilayah Persekutuan yang kurang mampu hasil pelaksanaan program pembangunan Pendidikan, Ekonomi, Sosial Agama dan Teknologi.

    Antara bantuan diberi Bantuan Bencana, Khairat Mati – Skim Prihatin Wilayah Persekutuan selain Bantuan Khas COVID19 – MYBERAS,, Bantuan Khas Perniagaan, Skim Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota dan sumbangan perayaan.

    “Salah satu program telah memberi impak besar kepada Wilayah Persekutuan tahun ini, Program MYBERAS@Wilayah melibatkan pemberian 5,750 kampit beras 5kg setiap minggu untuk warga di Wilayah Persekutuan yang memerlukan, bermula 1 Februari lalu sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Mohd Yassin,” jelas Annuar.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCovid-19 : Wanita tertua di dunia batal penyertaan larian obor
    Next Article GPMS beri sumbangan raya kepada PGA
    admin
    • Website

    Related Posts

    Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

    21/05/2022

    Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM

    21/05/2022

    Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian

    21/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.