Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » USIM tangguh pergerakan pelajar kembali ke kampus
    Am

    USIM tangguh pergerakan pelajar kembali ke kampus

    adminBy admin19/05/2021Updated:19/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SEREMBAN | Semua pergerakan pelajar Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) ditangguhkan untuk kembali ke kampus selepas cuti Aidilfitri susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

    Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan bermula hari ini sehingga 28 Mei depan itu merangkumi semua pergerakan pelajar ke kolej kediaman dan rumah sewa pelajar di universiti berkenaan.

    Ia membabitkan pelajar yang pulang ke kampus dengan menggunakan bas yang diuruskan oleh pihak universiti atau dihantar oleh ibu bapa serta waris dan menaiki kenderaan sendiri.

    “Hanya pelajar yang pulang dengan menaiki kapal terbang sahaja diberi kelonggaran untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampus.

    “Bagi kategori pelajar berkeperluan khas yang perlu mengikuti sesi pengkuliahan secara fizikal, kumpulan ini akan dibenarkan kembali semula ke kampus bermula 29 Mei ini mengikut ketetapan jadual yang akan dimaklumkan oleh pihak USIM,” menurut kenyataan.

    Kata kenyataan itu, pihak USIM sentiasa mementingkan keselamatan pelajar di samping berusaha memastikan mereka dapat meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan baik.

    “Pelajar hendaklah terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan sentiasa peka dengan pengumuman dari pihak USIM dari semasa ke semasa.

    “Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini mengambil inisiatif melaksanakan Program Pergerakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 bermula pada 7 Mei hingga 12 Mei lalu,” katanya.

    Seramai 1,979 pelajar USIM yang berada di kampus terlibat dalam program pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing dengan 538 orang daripadanya dihantar pulang menggunakan kenderaan universiti.

    Mengikut perancangan awal, pelajar USIM dibenarkan pulang ke kampus secara berperingkat mulai 17 Mei sehingga 23 Mei 2021 hadapan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJovian raih hasil RM213,005 jual pelitup muka untuk Palestin
    Next Article Gaza strikes rage on as Israeli police chief draws ire for suggesting ‘terrorists from both sides’ to blame for Jewish-Arab unrest
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.