Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Artis ambil vaksin dulu, jika nak kerja dengan Radiusone!’
    Seni Hiburan

    ‘Artis ambil vaksin dulu, jika nak kerja dengan Radiusone!’

    adminBy admin31/05/2021Updated:31/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kuala Lumpur | Penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin mendedahkan ada segelintir selebriti yang bersikap anti vaksin Covid-19.

    Shahrulezad berkata dia enggan menuduh siapa gerangan selebriti terbabit, namun ada di antara mereka yang dilihat sengaja melengah-lengahkan pengambilan suntikan itu.

    “Saya dapat tahu ada artis yang anti vaksin, tapi golongan ini tidak ramai. Saya juga enggan menuduh sesiapa, cuma ada di antara mereka yang melengah-lengahkan pengambilan suntikan itu.

    “Saya menghormati keputusan mereka, kerana siapalah saya nak memaksa. Saya juga tidak akan pertikai pilihan yang dibuat walaupun saya risaukan keselamatan mereka.

    “Namun, saya ingin tegaskan selebriti yang menolak vaksin tidak akan mempunyai peluang untuk bekerja di syarikat produksi saya.

    “Melihat keadaan Covid-19 yang makin ‘menggila’, saya rasa tak cukup dengan hanya meminta mereka melakukan ujian saringan setiap kali mahu memulakan penggambaran, kerana menjaga prosedur operasi standard (SOP) di set tidak mudah.

    “Jadi salah satu cara memutuskan rantaian ini, adalah kita perlu divaksin sebelum keadaan bertambah buruk. Lagipun, kerajaan memberi vaksin ini percuma,” katanya memeti Harian Metro.

    Menurut Shahrulezad, keputusan drastik juga dibuatnya sebelum ini untuk  memberi keutamaan mengambil pekerja yang sudah mengambil vaksin walaupun hanya dos pertama masih kekal sama.

    “Siapa yang ingin bekerja dengan Radiusone, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sudah divaksin walaupun baru dos pertama. Bagaimanapun, keutamaan ini akan menjadi satu perkara yang wajib mungkin sehingga hujung tahun ini atau pada masa mendatang.

    “Saya terpaksa buat begini sebab nak lindungi produksi saya. Tanggungjawab saya nak pastikan pelakon, pekerja produksi serta kakitangan syarikat terhindar dari dijangkiti wabak berbahaya ini.

    “Walaupun saya sedia maklum individu yang sudah mengambil vaksin masih boleh dijangkiti Covid-19, tapi sekurang-kurangnya ia tidaklah memberi kesan yang teruk,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTentera Israel tahan 18 wartawan Palestin
    Next Article Zidane tak yakin diri jadi faktor letak jawatan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Doakan Sarah dan bayi selamat

    06/08/2021

    Fizo tawar diri untuk jadi sukarelawan

    28/06/2021

    ‘Kembali bersatu, ‘Nsync tak pernah berpecah’ – Joey Fatone

    31/05/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.