Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Fara Hanim mohon maaf pada Rita, Lufya
    Seni Hiburan

    Fara Hanim mohon maaf pada Rita, Lufya

    adminBy admin31/05/2021Updated:31/05/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kuala Lumpur | Pengacara, Fara Hanim Razak yang juga jiran pelakon, Rita Rudaini serta Lufya Omar memohon maaf kepada kedua-dua jirannya itu selepas tular kisah mengenai dua selebriti berkenaan yang dianggap anti-vaksin. 

    Dalam hantarannya di Instagram, wanita yang mesra disapa Anim ini berkata, dia bermuhasabah diri dan menerima setiap teguran yang diberikan kepadanya. 

    “Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini. 

    “Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan, ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah).

    “Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” tulisnya. 

    Dalam hantaran itu, Anim juga memaklumkan dia sudah menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf. 

    “Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.

    “Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19.

    “Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua,” tulisnya. 

    Anim memuat naik dua hantaran yang dikepilkan bersama mesej permohonan maaf yang dihantar kepada kedua-dua selebriti itu. 

    Jumaat lalu, heboh di media sosial mengenai ciapan Anim di Twitter yang berkongsi cerita mengenai jirannya yang dikatakan sebagai anti-vaksin. 

    Tidak menamakan mereka, Anim melabelkan kedua-dua wanita itu dengan nama RR dan LL, sekali gus menuai komen netizen yang memberi jawapan kepada ‘klu’ yang diberikan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBacaan Yasin seluruh negara esok, rai ulang tahun TV3 ke-37
    Next Article PAS lancar tabung Bencana Covid-19
    admin
    • Website

    Related Posts

    Doakan Sarah dan bayi selamat

    06/08/2021

    Fizo tawar diri untuk jadi sukarelawan

    28/06/2021

    ‘Artis ambil vaksin dulu, jika nak kerja dengan Radiusone!’

    31/05/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.