Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Kembali bersatu, ‘Nsync tak pernah berpecah’ – Joey Fatone
    Seni Hiburan

    ‘Kembali bersatu, ‘Nsync tak pernah berpecah’ – Joey Fatone

    adminBy admin31/05/2021Updated:31/05/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ANGGOTA kumpulan ‘Nsync, Joey Fatone kini bersiap sedia untuk menyatukan semula kesemua rakannya dalam kumpulan itu dan tidak menolak sekiranya mereka bakal muncul dengan album baharu.

    Dalam temu bual bersama media antarabangsa, Fatone memaklumkan bahawa ‘Nsync tidak pernah berpecah.

    “Saya tak boleh nak bercakap bagi pihak mereka yang lain, tapi bagi saya, ia tentunya sangat menyeronokkan.

    “Kenapa tidak kan? Apa yang saya boleh kongsikan, hakikatnya kami tak pernah berpecah,” katanya.

    Dalam temu bual sama, Fatone berkata, setiap anggota ‘Nsync punya tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan mereka.

    “Semua orang membawa haluan masing-masing untuk melakukan perkara yang mereka mahu dan sekarang kami semua masih punya tanggungjawab masing-masing.

    “Tapi, kalau anda nak tahu, saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kami semua kembali bersatu semula,” katanya memetik Harian Metro.

    Tambahnya lagi, sekiranya mereka kembali, matlamat utama bukanlah untuk menduduki carta teratas muzik dunia.

    “Apa saja yang akan berlaku? Oh, kami tak menduduki carta nombor satu. Tak apa, sebab kami dah pernah berada di situ.

    “Bagi saya, ia lebih kepada membuat persembahan dan berseronok dengan saudara-saudara saya yang lain,” katanya.

    ‘Nsync dibentuk pada 1995 dan dianggotai Fatone, Justin Timberlake, JC Chasez, Lance Bass dan Chris Kirkpatrick.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePelakon Julie Faridah, meninggal dunia
    Next Article Tentera Israel tahan 18 wartawan Palestin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Doakan Sarah dan bayi selamat

    06/08/2021

    Fizo tawar diri untuk jadi sukarelawan

    28/06/2021

    ‘Artis ambil vaksin dulu, jika nak kerja dengan Radiusone!’

    31/05/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.