KUALA TERENGGANU | Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu dimaklumkan oleh anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi laman Facebook hari ini.
“Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera.
“Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.
“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. InsyaAllah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari semasa ke semasa,” katanya.-JOURNAL MALAYSIA