WASHINGTON | Amerika Syarikat (AS) sudah melaksanakan 301.6 juta dos suntikan vaksin Covid-19 dan mengedarkan 371.5 juta dos vaksin menerusi proses imunisasi negara, lapor Reuters.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, angka itu meningkat daripada 300.2 juta dos vaksin yang disuntik kepada orang ramai setakat 5 Jun lalu daripada 371.5 juta dos vaksin yang sudah diedarkan.
Agensi itu berkata, sebanyak 170.8 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 138.9 orang sudah menerima vaksin sepenuhnya semalam.
Dua dos vaksin yang digunakan adalah vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech termasuk Johnson&Johnson yang hanya memerlukan satu dos suntikan.
AS masih kekal menjadi negara paling banyak merekodkan kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 33.4 juta kes dengan pertambahan 10,437 kes baharu.
Kes kematian pula merekodkan angka keseluruhan sebanyak 597,000 dengan peningkatan 362 kes.