KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang direkodkan hari ini terus menurun kepada 5,271 kes berbanding semalam 6,241 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif 622,086 kes.
Katanya, Selangor menunjukkan penurunan ketara iaitu kepada 1,374 kes berbanding semalam 2,178 kes.
“Diikuti Sarawak mencatat 703 kes, Negeri Sembilan 571 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 455 kes.
“Sabah (336); Johor (355); Pulau Pinang (153); Kelantan (341); Perak (177); Kedah (194); Melaka (178); Pahang (99); Terengganu (117) ; Wilayah Persekutuan Labuan (209); Wilayah Persekutuan Putrajaya lapan kes dan Perlis satu kes,” katanya di laman Facebooknya di sini hari ini.-JOURNAL MALAYSIA