KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang direkodkan adalah 5,566 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 1,524 kes.
Katanya, diikuti Sarawak sebanyak 707 kes, Negeri Sembilan 505 kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 466 kes dan Johor 456 kes.
“Sabah 350 kes; Pulau Pinang 185 kes; Kelantan 204 kes; Perak 225 kes; Kedah 148 kes; Melaka 314 kes;
Pahang 157 kes; Terengganu 106 kes; Wilayah Persekutuan Labuan 191 kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya 27 kes dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.-JOURNAL MALAYSIA