KUALA LUMPUR | Sebanyak 76 kematian termasuk satu bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 yang direkodkan hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kematian membabitkan 40 lelaki dan 36 wanita.
Katanya, kematian membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas seramai 55 orang, 30 hingga 59 tahun seramai 19 orang dan dua kes individu berusia bawah 30 tahun.
“Lima kematian adalah kes kematian yang dibawa ke hospital (Brought In Dead/BID).
“Sementara itu, terdapat 24 kluster baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.-JOURNAL MALAYSIA