Oleh: IDIHAYS. SB
KUALA LUMPUR | Keadaan semasa serba mencabar menyaksikan ramai di dalam kalangan rakyat terpaksa berdepan kesukaran meneruskan hidup, termasuk tidak berupaya membeli barang keperluan dapur untuk kegunaan isi rumah.
Kesusahan dilalui mereka berikutan hilang punca pendapatan akibat penularan pendamik Covid-19, mendapat perhatian warga prihatin, termasuklah pasangan suami isteri menetap di Suasana Lumayan Condo di Bandar Tun Razak yang tampil mengagih barang dapur untuk keperluan 20 keluarga terjejas.
Bagi Noorisma Roslan, sumbangan peribadi yang disalurkan kepada warga penduduk kategori M40 kawasan kejiranan yang sama, diharap dapat membantu meringankan beban keluarga terjejas.
Katanya, selain membantu warga yang serba memerlukan, inisiatif bantuan tersebut turut memberi peluang peniaga runcit setempat menjana pendapatan dalam situasi total lockdown ketika ini.
“Tiada apa mampu kami beri selain menyumbang sedikit barang keperluan untuk 20 keluarga di sini yang terbeban setelah kehilangan mata pencarian.
“Apa yang kami lakukan adalah memulangkan dan bekongsi kembali rezeki diraih hasil jual beli hartanah yang dijalankan dan amalan ikhlas ini adalah untuk ‘saham’ akhirat tanpa harapkan balasan dari penerima,” kata Ketua Jabatan Agen Hartanah, Firdaus & Associates Real Estate Agency (FARE) itu.
Noorisma dan suami, Mohd Haris Mohd Sharif Majer berkecimpung di dalam bidang jual beli hartanah lebih 10 tahun lalu, turut mengakui berdepan kesukaran dalam industri akibat dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain situasi ekonomi semasa kurang kondusif.
Namun kata Noorisma, kekangan tersebut tidak menjadi halangan untuk teruskan aktiviti kebajikan yang dilaksana bagi membantu warga setempat memerlukan, termasuk penghuni Perumahan Awam (PA) dan PPR disekitar Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
“Jadi, atas rasa simpati dan ehsan sesama kita, kami segerakan bantuan barang dapur ini dengan kerjasama pengusaha Suasana Mart, Mohamed Musa menyediakan pek barang makanan dan keperluan seperti beras, gula, susu, milo, roti dan lain-lain untuk keperluan 20 keluarga.
“Walaupun kami sendiri turut terkesan akibat dari penularan COVID-19, namun syukur masih miliki kemampuan untuk makan dan berbelanja. Jadi, atas dasar tersebut kami mengambil kesempatan membantu mereka dalam kesusahan ini semoga dapat ringankan beban dihadapi,” katanya.
Pek barangan bantuan bernilai RM50 setiap satu itu disampaikan kepada wakil Penduduk dan Surau Suasana Lumayan Condo, Nazmi Ashraf sebelum diagihkan kepada penerima dari rumah ke rumah sebagai mematuhi SOP ditetapkan.
Selain itu, Noorisma menyatakan, terdapat lebih 50 pek barangan turut disediakan untuk diagih kepada penduduk PA dan PPR di kawasan sekitar namun, tarikh dan tempat agihanya belum dimuktamadkan oleh ahli jawatankuasa (AJK) yang terbabit.
“Sebagai membantu ringankan beban penduduk, kami berharap segala urusan berkaitan disegerakan dan berjalan lancar demi mereka yang terjejas.
“Kami mempelawa anak muda berminat, ceburi bidang jual beli hartanah yang berpotensi, kekal berkembang walaupun pasaran kini agak suram, namun prospek untung kondusif kerana harga hartanah rendah ketika ini, sekaligus beri peluang pelabur dan pembeli aset menjana untung kelak.
“Mereka berminat sertai kami, hubungi Team Firdaus & Associates Real Estate Agency di 019-2100 657 atau WhatsApp maklumat peribadi ke talian yang sama untuk kami hubungi semula.
“Jangan lepas peluang untuk bersama meneroka pasaran hartanah semasa dan menjana pulangan pendapatan agak lumayan… sertai segera,” ujarnya.