PUTRAJAYA | Majlis Sukan Negara (MSN) diarah berhubung dan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung laporan media mengenai 10 buah negara berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya sudah ambil maklum berkenaan laporan media tersebut.
“la juga berkait dengan senarai 159 buah negara yang dihalang daripada memasuki negara Jepun seperti mana siaran pemakluman oleh Kementerian Luar Negeri Jepun.
“Siaran pemakluman tersebut juga turut menyentuh pengecualian yang boleh diberikan kepada beberapa kategori rakyat asing temasuklah “athletes and other persons concemed with Olympic and Paralympic Games Tokyo 2020,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, MSN akan berhubung dengan ssmua pihak berkaitan untuk mendapat pengesahan dan maklumat terperinci.
Katanya, KBS juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Jepun bagi mendapatkan sebarang perkembangan lanjut.
“Pada masa ini, momentum persiapan atlet negara berada pada tahap yang baik temasuklah persediaan latihan fizikal dan mental ke temasya Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung kira-kira 46 hari sahaja lagi.
“Di samping persiapan terbaik untuk atlet, KBS akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat sebagai keutamaan.
“Sebarang perkembangan terkini berkenaan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.