KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan meningkat kembali kepada 6,239 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif 633,891 kes.
Katanya, Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2,291 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 704 kes dan Negeri Sembilan 507 kes
“Negeri lain mencatatkan kes iaitu Johor sebanyak 468 kes; Sarawak 419 kes; Sabah 232 kes; Pulau Pinang (194); Kelantan (340); Perak (175); Kedah (135); Melaka (150); Pahang (232); Terengganu (171); Wilayah Persekutuan Labuan (200); Wilayah Persekutuan Putrajaya (17) dan
Perlis empat kes,” katanya.-JOURNAL MALAYSIA