KUALA LUMPUR | Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu adakan diadakan pada 16 Jun nanti di Istana Negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-
Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan untuk mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif YDPA dan akan dipengerusikan oleh Baginda.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” katanya.
Beliau berkata, perbincangan itu adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Baginda menaiki takhta sebagai YDPA ke-16 pada 31 Januari 2019.
Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di lstana Negara.