KUALA LUMPUR | Pengerusi Bukan Eksekutif Berjaya Corp Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan membeli 41.5 juta saham dalam Berjaya Land Bhd (BLand) menerusi urus niaga perniagaan langsung hari ini.
Berikutan itu, Tan meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat itu kepada 97.44 juta saham, yang bersamaan dengan 1.98 peratus, kata BLand dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Pada penutup dagangan Bursa Malaysia hari ini, harga saham BLand turun setengah sen kepada 25.5 sen dengan 1.80 juta saham diniagakan.-BERNAMA