KUALA LUMPUR | Seramai 1,098 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, seramai 8,095 calon dari 53 MRSM di seluruh Malaysia.
Katanya, tahun ini MRSM mencatat kejayaan dengan mencapai 100 peratus gred lulus dalam semua mata pelajaran.
“Pencapaian SPM 2020 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan semua calon mendapt A (A+, A dan A-) seramai 1,098 orang berbanding 761 orang pada 2019. Semua calon yang mendapat A+ seramai 22 orang.
“Lapan MRSM menunjukkan prestasi cemerlang dengan Gred Purata Maktab (GPM) kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Tun Ghaffar Baba, MRSM Langkawi, MRSM Taiping, MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Johor Bahru, MRSM Kuantan dan MRSM Pengkalan Hulu.
“SPM 2020 bagi MRSM yang mencatatkan indeks GPM 2.359 yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 iaitu 2.538,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, komitmen semua pengurusan MARA dan MRSM serta semua guru memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM 2020.
Katanya, MARA akan terus komited untuk meningkatkan prestasi calon SPM 2021.-JOURNAL MALAYSIA