KUALA LUMPUR | Jumlah kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini sebanyak 73 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan 70 warganegara dan tiga bukan warganegara.
Katanya, jumlah kematian itu menjadikan kumulatif sebanyak 3,684 kes.
“Kematian itu melibatkan 29 kes di Selangor, 11 kes di Johor, lapan kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang.
“Tiga kes kematian di Pahang, dua kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu dan Perak,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya di sini hari ini.-JOURNAL MALAYSIA