KOTA BHARU | Bagi mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri Kelantan tidak menggalakkan ibadah korban dilakukan pada Aidiladha ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, jka ibadah korban dilakukan, akan berlaku aktiviti berkumpulan yang boleh menyebabkan penularan COVID-19.
Katanya, sebagai contoh jika ibadah korban membabitkan seekor lembu, sekurang-kurangnya ia akan dihadiri 10 individu untuk penyembelihan dan lapah daging.
“Ia juga akan berlaku pergerakan untuk pengagihan lembu korban.
“Disebabkan kebimbangan itu, kerajaan negeri tidak membenarkan wakil rakyat mengadakan program mega ibadah korban,” katanya ketika ditemui, di sini.