KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang direkodkan hari ini menurun kepada 5,671 kes hari ini.
Jumlah berkenaan membabitkan kes tempatan 5,663 kes dan kes import lapan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 1,510 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 769 kes dan Sarawak 631 kes.
“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan mencatatkan 593 kes; Johor 524 kes; Sabah 233 kes; Pulau Pinang (166); Kelantan (262); Perak (143); Kedah (309); Melaka (184); Pahang (112); Terengganu (108); Wilayah Persekutuan Labuan (106); Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Perlis tiga kes,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata, manakala jumlah kes sembuh mencatatkan 7,325 kes.-JOURNAL MALAYSIA