Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Wanita Bijak Utamakan Isu yang Lebih Utama
    Pendapat

    Wanita Bijak Utamakan Isu yang Lebih Utama

    adminBy admin10/06/2021Updated:10/06/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Sejak semalam, media sosial penuh dibanjiri dengan respons terhadap wanita #bodohsikit.

    Apabila diteliti, kenyataan asal itu masih terbuka kepada interpretasi yang berbeza, bergantung kepada konteks yang ingin disampaikan oleh penyampainya.

    Boleh jadi ada kesilapan apabila ia dikaitkan dengan persoalan jodoh, dan saya yakin perkara ini telah ditegur dan diperbetul oleh ramai agamawan dan asatizah dengan hujah-hujah daripada Al-Quran dan Hadis.

    Kemarahan terhadap kenyataan tersebut mungkin ada asasnya. Namun, apa yang lebih menggusarkan saya pada waktu ini adalah tahap kesedaran masyarakat mengenai bulan Jun sebagai bulan “Pride” kepada golongan elgibitique.

    Bulan ini sepertinya bulan perayaan untuk mereka meraikan “perbezaan” nafsu dan aktiviti mereka kepada dunia.

    Ditambah pula dengan “influencer” dua alam yang menyasarkan aksi jelik dan tidak sopan kepada anak-anak bawah umur, saya tertanya-tanya kenapa kemarahan yang sama tidak dilampiaskan seperti dalam isu wanita #bodohsikit?

    Keadaan manakah sebenarnya yang patut dianggap sebagai suatu masalah besar yang harus ditangani dan diselesaikan?

    Seandainya lebih ramai para lelaki dan wanita, yang bujang, mahupun yang sudah berkahwin, boleh mengambil peranan dalam isu ini, lebih ramai anak muda yang boleh diselamatkan daripada terpengaruh dengan agenda normalisasi budaya songsang dan lucah ini.

    Bersuaralah dengan lebih vokal untuk isu yang lebih utama. Buktikan bahawa kalian semua adalah wanita bijak, yang mengutamakan isu utama yang lebih berbahaya dan membawa masalah kepada pemikiran dan akhlak masyarakat.

    InsyaAllah, di peringkat agensi-agensi agama Persekutuan, kita mengambil serius akan isu ini. Doakan semoga pelan dan program yang telah dan bakal dirangka dapat memberi pengaruh dan impak yang besar kepada anak remaja Muslim kita.

    YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnwar tipu, PH celaru: Wan Saiful
    Next Article 11 terbunuh termasuk kanak-kanak akibat bangunan runtuh di Mumbai
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.