KUALA LUMPUR | Alhamdulillah. Kes sembuh harian hari ini adalah tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu 7,749.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan.
Katanya, ucapan penghargaan itu juga termasuklah kepada sukarelawan yang memberikan bantuan di pusat-pusat pemberian vaksin.
Tinjauan Journal Malaysia di Facebook KKM mendapati orang ramai mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan.
“Alhamdulillah Ya Allah..dan terima kasih pada frontliners..semoga Allah lindungi kalian dan permudahkan semua urusan kalian..anda hero di hati saya..,” kata Nurul Natasha Nana Khoo.