PUTRAJAYA | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa sepuluh perkhidmatan termasuk farmasi komuniti telah disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu (essentials) di bawah sektor perdagangan pengedaran.
Dalam satu kenyataan, KPDNHEP berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Mei lalu.
Katanya, pengumuman yang dibuat itu berkaitan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh total lockdown.
“Merujuk kepada laporan akhbar The Star pada Selasa lalu, KPDNHEP mengambil maklum bahawa semua ahli farmasi komuniti yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS 3.0 di bawah Sektor Farmaseutikal, Kluster Peruncitan / Pengedaran / Pemborongan mulai 1 Jun 2021.
“Kementerian ini dimaklumkan bahawa sehingga April, terdapat sejumlah 3,274 premis farmasi komuniti yang berlesen di bawah Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan oleh KKM,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan semakan sehingga semalam, sebanyak 2,902 atau 89 peratus (%) permohonan bawah Sektor Farmaseutikal, Kluster Peruncitan / Pengedaran / Pemborongan telah diterima melalui sistem CIMS 3.0 dan 2,412 atau 74% permohonan telah diluluskan.
Ujarnya, sehubungan itu, Kementerian menyeru supaya farmasi komuniti yang belum mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi bagi tempoh PKP dikehendaki berbuat demikin melalui sistem CIMS 3.0 dengan kadar segara.
“Permohonan surat kebenaran operasi botch dibuat melalui laman web https://notificationsniti.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, farmasi komuniti boleh menghubungi Pejabat KPDNHEP berhampiran.