KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini kembali meningkat kepada 6,849 kes.
Kumulatif kes yang dicatatkan sehingga kini ialah 646,411 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 2,558 kes dengan kumulatif 211,403 kes.
Katanya, negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 884 kes, diikuti Sarawak 699 kes dan Negeri Sembilan 685 kes.
“Johor 426 kes; Sabah 309 kes; Pulau Pinang (205 ); Kelantan ( 248); Perak (161); Kedah (161); Melaka (170); Pahang (89); Terengganu (66); Wilayah Persekutuan Labuan (176); Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 kes dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.-JOURNAL MALAYSIA
Tamat.