KUALA LUMPUR | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia melanjutkan tempoh masa Borang Nyata Cukai Pendapataan (BNCP) sehingga 31 Julai 2021.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan LHDN memaklumkan BNCP adalah untuk kategori pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2020.
“Tambahan masa ini melibatkan kategori Individu, Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan /Berkepakaran), Individu Bukan Pemastautin, Individu BukanPemastautin (Pekerja / Berpengetahuan), Perkongsian, Pertubuhan, Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu.
“Inisiatif ini diambil selaras dengan usaha kerajaan meringankan beban pembayar cukai setelah mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengemukakan BNCP berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘Total Lockdown’,” katanya.
Katanya lagi, pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan pengemukaan BNCP.