PUTRAJAYA | Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM38.87 juta bagi membantu golongan asnaf dan B40 yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3. 0.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jumlah itu diperuntukkan kepada penerima seramai 75,210 orang meliputi pelbagai kelompok sasar.
Katanya, dianggarkan seramai 2,000 orang pengawal keselamatan akan menerima manfaat daripada inisiatif itu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta.
“Peruntukan inisiatif yang pelbagai ini adalah hasil daripada pembayar zakat yang menunaikan tanggungjawab di Pusat Zakat MAIWP di Wilayah Persekutuan.
“Pada hari ini, pengawal keselamatan yang tersenarai menerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara one-off.
“Program ini untuk meringankan beban golongan yang terjejas. Terima kasih para pembayar zakat,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.-JOURNAL MALAYSIA