LONDON | Seorang lelaki terlaksa menerima hakikat meringkuk dalam penjara selama 27 tahun selepas didapati terbabit dalam sindiket dadah antarabangsa.
Lapor Miror, sebelum perkara itu terbongkar, lelaki itu sempat menjalani kehidupan mewah dan penuh bergaya selama 10 tahun.
Aram Sheibani, 40, terlibat dalam sindiket kokain tahap tinggi selama hampir sedekad tanpa berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.
Lelaki yang berasal dari Manchester itu memiliki aset hartanah bernilai lima juta pound (RM29 juta) termasuk pangsapuri bernilai 1.74 juta pound (RM10 juta) di Kensington.
Sheibani menikmati kehidupan dengan berparti di seluruh dunia, memandu Bentley dan Porsche serta menjalani pembedahan kosmetik untuk dirinya dan teman wanitanya.
Dia menceritakan kekayaan miliknya adalah daripada sumber sah.
Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kehidupan mewahnya adalah daripada sumber aktiviti jenayah.
Polis turut merampas wang tunai lebih sejuta pound (RM5.8 juta) di kediamannya.