KUALA LUMPUR | Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan.
“Doakan yer,” kata pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.
Ebit Lew berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya di sini, hari ini.
Menurut laporan media, Ebit dan delegasinya yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menyerahkan bantuan, antaranya barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada hospital di Gaza.
Misi berkenaan mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan rasa syukur melihat hantaran pendakwah terkenal itu dan berdoa supaya misi Ebit Lew berjaya.
“Alhamdulilah…teruskan usaha ustaz dan team. Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana dan selamat kembali ke tanah air. Doa kami buat ustaz dan team. Amin,” tulis Azianardawati Hj Paiman.