Rom | Itali mempamerkan aksi meyakinkan apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Turki hari ini pada saingan Euro 2020 yang akhirnya bermula selepas tertangguh setahun.
Kesemua gol hadir pada separuh masa kedua di Stadio Olimpico yang menyaksikan kehadiran suku penyokong daripada kapasiti penuh stadium.
Gol sendiri Merih Demiral meletakkan Itali di depan sebelum Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne masing-masing menambah gol kedua dan ketiga untuk skuad bimbingan Roberto Mancini pada aksi pembukaan Kumpulan A. – Harian Metro