KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini menurun kepada 5,793 kes berbanding 6,849 kes semalam.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 652,204 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan penurunan kepada 1,582 kes, diikuti Negeri Sembilan 618 kes; Sawarak 569 kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 559 kes dan Johor 504 kes.
Katanya, negeri lain iaitu Sabah mencatatkan Sabah 378 kes; Kelantan (337); Pulau Pinang (198);
Perak (218) dan Kedah (171).
“Melaka mencatatkan 178 kes; Pahang (121); Terengganu (82) Wilayah Persekutuan Labuan (250); Wilayah Persekutuan Putrajaya (23) dan Perlis lima kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.