KUALA LUMPUR | Lebih 4 juta dos vaksin COVID-19 yang diterima oleh rakyat di negara ini sehingga kelmarin.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, individu yang menerima suntikan dos pertama lebih 2.8 juta, manakala dos kedua lebih 1.2 juta.
Katanya, penerima dos vaksin di Kuala Lumpur mencatatkan yang paling tinggi iaitu lebih 600,000 dos dan diikuti Selangor lebih 583,000.
“Penerima vaksin kelmarin seramai 157,949 individu dan 111,130 daripadanya adalah penerima vaksin bagi dos pertama,” katanya menerusi kenyataan di sini.