JOHANNESBURG | Kapten Algeria Riyad Mahrez menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Tunisia pada aksi persahabatan untuk negara itu mencatat rekod 27 perlawanan tanpa kalah bagi pasukan Afrika.
Skuad Ivory Coast dibarisi Yaya dan Kolo Toure serta Didier Drogba merakam 26 perlawanan tanpa kalah pada tahun 2013, dan Algeria memulakan perjalanan mereka dengan kemenangan 4-1 di Togo lima tahun kemudian.
Skuad utara Afrika itu merakam 20 kemenangan, tujuh seri, meledak 58 gol dan dibolosi 17 kali untuk rekod berkenaan.
Mereka berdepan 24 lawan dari Afrika serta Mexico, Colombia dan Qatar, bermain sembilan perlawanan di laman sendiri, enam di tempat lawan dan 12 di gelanggang berkecuali.Berdepan Tunisia di tempat lawan adalah cabaran besar buat juara bertahan Afrika itu sebelum mengatasi rekod generasi emas Ivory Coast.
Tunisia menghuni ranking kedua benua Afrika, dua di atas Algeria, dan belum tewas dalam 12 perlawanan sebelum pertemuan itu.Baghdad Bounedjah yang bermain di liga Qatar serta pemain sayap Manchester City Mahrez menjaringkan gol dalam 28 minit pertama permainan.
Algeria akan beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2022 pada September. Oktober dan November dalam kumpulan yang turut dibarisi Djibouti, Burkina Faso dan Niger, petik Berita Harian.
Kemudian Algeria akan mempertahankan gelaran Piala Negara-Negara Afrika pada 9 Januari di Cameroon, di mana mereka mensasarkan untuk menjadi negara pertama selepas Mesir pada tahun 2010, mempertahankan gelaran itu. – AFP