Banda Aceh | Warga Nagan Raya dan Meulaboh di Aceh terkejut melihat awan raksasa seakan ombak tsunami pada Sabtu.
Awan raksasa itu dilihat di ruang angkasa kira-kira jam 7 pagi namun hilang tidak lama kemudian.
Tidak lama selepas kemunculan awan itu, kawasan berkenaan dilanda hujan lebat dan angin kencang.
Hujan dan angin kencang itu berlaku selama 30 minit dan menghilangkan terus awan raksasa berkenaan.
Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Nagan Raya memberi amaran agar penduduk terus berwaspada.
Maklumat daripada portal serambinews.com melaporkan fenomena itu berlaku untuk tempoh 30 minit.Awan raksasa itu jelas dilihat penduduk di kawasan Suak Puntong, Langkak, Desa Peunaga Cut Ujong gang bersempadan dengan Nagan Raya.
Gambar awan raksasa itu juga sempat dirakam penduduk sebelum tular di laman sosial.
Penduduk mendakwa sebelum ini awan berbentuk ombak tsunami ini pernah dilihat namun saiznya hanya kecil.
Ternyata penduduk teruja melihat awan raksasa berkenaan namun tetap bimbang jika berlaku sebarang bencana alam yang serius.