PARIS | Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan Karim Benzema dan Antoine Griezmann sudah sihat menjelang saingan pembukaan juara dunia itu pada Euro 2020 menentang Jerman, awal pagi Rabu ini.
Pasangan itu yang bermain pada saingan persahabatan terakhir Les Bleus ketika menang mengatasi Bulgaria lima hari lalu mengalami kecederaan – Benzema cedera kaki manakala Griezmann di betis.
“Sepatutnya tiada masalah” mengenai peluang pasangan itu bermain di Munich kata Deschamps kepada Televisyen TF1, selepas mereka kembali berlatih semalam.
Ditanya sama ada mereka boleh beraksi pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan F, Deschamps membalas: “Benar, nampak mereka mereka akan bermain.”Tambahnya: “Semua pemain mengambil bahagian dalam sesi latihan semalam.
“Kami ada dua sesi lagi sebelum perlawanan, sepatutnya tiada masalah.”Benzema kembali ke skuad Perancis selepas diketepikan hampir enam tahun selepas didakwa terbabit dalam komplot terhadap bekas rakan sepasukan antarabangsa, Mathieu Valbuena. – AFP