AMSTERDAM | Frenkie de Jong menjadi pertaruhan serta harapan tinggi buat Belanda untuk melakukan sesuatu yang positif di pentas Euro 2020 terutama ketika menentang Ukraine, awal pagi ini.
Lapor AFP, Belanda membuat kemunculan semula di kejohanan terbabit selepas kali terakhir The Oranje itu menyertai kejohanan utama bola sepak pada kempen Piala Dunia 2014, menyaksikan mereka menamatkan saingan di tempat ketiga.
Namun, selepas gagal melayakkan diri ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, pemain tonggak seperti Robin van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder sudah tidak lagi berada dalam barisan skuad kebangsaan, sebaliknua diambilalih generasi baharu Belanda.
Dengan kehadiran perancang Barcelona berusia 24 tahun, De Jong bersama Matthijs de Ligt yang ketika ini mewakili Juventus, generasi baharu ini diyakini lebih kuat.
Bagaimanapun, Belanda akan mengharungi perlawanan pembukaan Euro 2020 berdepan Ukraine awal pagi ini, tanpa khidmat Matthijs de Ligt berikutan mengalami kecederaan pangkal paha.
Pengendali skuad itu, Frank de Boer, berkata kecederaannya tidak begitu teruk dan pihaknya pasti pemain itu akan beraksi dalam mana-mana perlawanan seterusnya.
Biarpun ketiadaan pemain itu, kehadiran de Jong sudah cukup buat Belanda bersama gandingan geneasi baharu lain mempamerkan aksi cemerlang dalam pembukaan terbabit.
De Jong begitupun penampilannya di Euro 2020 kali ini hadir dengan prestasi lebih baik pada tahun keduanya di Barcelona.
Begitupun, terdapat tanda tanya mengenai sejauh mana prestasinya selepas bermain 4,492 minit bersama Barcelona pada musim 2020/21 dengan 49 penampilan secara keseluruhan.
Rekod itu paling tidak 300 minit lebih daripada setiap pemain dalam skuad, Jordi Alba dan Lionel Messi dan seterusnya, kedua paling kerap diturunkan buat pemain luar di La Liga.
Kepentingan de Jong yang bermain di bahagian tengah, di samping sering digunakan di pertahanan tengah di Camp Nou bertambah selepas Ronald Koeman, individu yang memberikan kepercayaan membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa diangkat sebagai jurulatih Ogos lalu.
“Dia bermain di setiap posisi kecuali penjaga gol. Dia menakjubkan.
“Di Euro, dia akan menjadi salah seorang pemain tonggak kami. Sekiranya Frenkie bermain dengan baik, maka Belanda akan turut bermain dengan baik.” kata jurulatih Belanda, Frank de Boer dalam satu temubual bersama media sukan harian, Marca, baru-baru ini.
Mereka akan bersaing dalam Kumpulan C di gelanggang sendiri dekat Amsterdam, berdepan Ukraine disusuli perlawanan menentang Austria pada Khamis dan Macedonia Utara pada 21 Jun.