KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus menurun kepada 5,304 kes.
Jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 657,508 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 1,973 kes.
“Negeri lain iaitu Sarawak 544 kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 462 kes; Johor 363 kes dan Sabah 335 kes.
“Manakala, Negeri Sembilan 331 kes; Kedah (301); Pulau Pinang (256); Kelantan (179); Perak (121); Melaka (145);Pahang (78); Terengganu (46) dan Wilayah Persekutuan Labuan (158) Wilayah Persekutuan Putrajaya tujuh kes dan Perlis lima kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.