KUALA LUMPUR | PAS memandang serius perbuatan menghina agama Islam yang masih berterusan berlaku di negara ini.
Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata, biarpun pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes seumpamanya sebelum ini.
“PAS berharap Polis Diraja Malaysia mempercepatkan dakwaan terhadap penghina agama dengan tindakan tegas.
*Begitu juga sekiranya terhadap penghinaan terhadap anutan-anutan lain kerana perlembagaan memberi hak pengamalan secara aman,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kes seorang lelaki yang dipukul sekumpulan penghantar makanan kelmarin disebabkan menghina Agama Islam.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, lima penghantar makanan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun ditahan kerana memukul seorang pelanggan berusia 29 tahun yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.