KUALA LUMPUR | Berlaku peningkatan kematian akibat penyakit jantung sebanyak 35.3 peratus dengan jumlah 18,675 kes pada 2018 berbanding tahun dengan 13,503 kes 2017.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia sejak dahulu lagi terutamanya dalam kalangan golongan perokok dan individu yang hidup secara sedentari.
Katanya, kejadian kematian mengejut kerap dikaitkan dengan masalah penyakit jantung di mana jantung berhenti mengepam darah, nutrient dan oksigen keseluruh badan.
“Golongan yang berisiko perlu peka pada perubahan badan dan tanda-tanda serangan jantung.
“Dapatkan bantuan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.